Monday, October 25, 2010

Pameran Radio Amatur di SK Bukit Tinggi





Pada 23 Okt 2010, Hari yang sama menara antena 9w2 HKG dinaikan, Kelab radio Amatur Alor Setar telah dipanggil untuk mengadakan pameran di SK Bukit Tinggi. Di sebabkan kesibukan rakan dengan tugasan utama/harian masing pada hari sabtu la tu. Hanya penulis dan Cikgu Fairul 9w2AOA. Yang dapat hadir ke SK Bukit Tinggi mengadakan pameran di samping yang hadir sekejap membantu Cikgu Osmina 9w2OSZ dan En Ismail 9w2TZU.

Sunday, October 24, 2010

Menara antena baru 9w2 HKG





Pada 23 Okt 2010 9w2 HKG pak saad Alor Setar telah menaikan menara antena baru di base nya. Penulis mohon maaf tak sempat hadir membantu kerana terpaksa hadir mengadakan pameran radio amatur di SK Bukit Tinggi, Kepala Batas... bersama 9w2AOA Cikgu Fairul Wazib. Tak tahu pulak berapa org rakan yg membantu kerja -kerja yang pasti ada 9w2PCS pencipta menara, 9w2sbl, 9w2 kmf dlll.

Penulis hanya hadir mengambil gambar-gambar ini pada ptg hari tersebut. Melihat menara yang terpacak gagah dan kemas hihi masa Bang Hong Kong x kat rumah pi Kuala Kedah, Kuaters Emigresen

Kelas HF 10 meter Ham Alor Setar









Pada 22 Okt 10 Jumaat baru-baru ni. yang lalu Ham Alor Setar telah mengambil anisiatif menganjurkan kelas HF penumpuan kepada 10 meter. Saudara 9w2 DI yang juga otai 10 meter DX er telah dijemput menjadi penceramahnya. Banyak ilmu-ilmu hf yang pihak kami tidak faham/ketahui telah diperturunkan.

Terdapat juga rakan yang jauh hadir seperti 9w2 TS dari KL, 9w2 MSO dan 9M2 ZM dari Kepala Batas PP.

2 Jam masa berlalu di rasakan tidak puas apa yang disampaikan oleh Pak din.. munkin ada lagi sambungan atau lanjutan kursus ni

Sunday, October 10, 2010

Geng Audio Kereta , Tasik Bandar Darulaman


Petang tadi sedang ronda-ronda sekitar perumahan penulis, hingga sampai ke Tasik Bandar Darulaman Jitra. Penulis dapati ramai betul pengunjung ke taman tasik tersebut hingga tak cukup parking. Penulis tertarik kepada sebaris kereta (jelopy) yg bingit hihi. Geng audio kereta. Lihat foto yang sempat penulis rakamkan

Sekitar Majlis Bacaan Yasin 9w2lkt nak ke Mekah






Bertempat di Surau Kg Kuala Tekai, Pedu lebih kurang 14 km dari Bandar Kuala Nerang , KEDAH

Bulatan Teluk Wanjah dalam Kenangan




Mercu tanda Alor Setar telah dirobohkan, Air pancut bulatan Teluk Wan Jah sudah tiada lagi...
Penulis pun tak tahu bila struktur air pancut ini dibina, yang tahu sejak penulis kecil lagi dah ada. Kini sudah tiada lagi ini bagi memberi laluan kepada pembinaan jejambat Jalan Teluk Wanjah yang melintasi landasan keretapi baru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails