Gambar Gunung Keriang di lihat pada jarak lebih kurang 6 km dari banggunan saltmine penulis. Di sinilah letaknya pengulang local Alor Setar 9M4 RGK ( Repeater Gunung Keriang ). Frequensi : 145.525 MHz, Minus 600 dan tone 103.5. Pada dasarnya Gunung Keriang bukanlah sebuah gunung tetapi hanya sebuah bukit yang tingginya kurang lebih 3000 kaki dari paras laut. Namanya sahaja Gunung Keriang yang letaknya lebih kurang 8km dari bandaraya Alor Setar. Di sebabkan kawasan sekitar adalah dataran lembah Kedah, tempat dimana tanaman padi terbesar di Malaysia atau Jelapang Padi. Gunung Keriang kelihatan tinggi dan masih dapat di lihat walaupun pada jarak yang jauh. Di sekitar kaki Gunung Keriang di bina taman rekreasi juga terdapat Muzium Padi, Pusat Sains Cawangan Utara serta Kolam Renang ( SUKMA ). Gunung Keriang sebenarnya popular dengan batu-batu kristalnya yang cantik dan mendapat pasaran yang tinggi. Tidak ketinggalan juga sumber baja tahi kelawar juga diperolehi dari sini.
No comments:
Post a Comment