Wednesday, February 10, 2010

Minat Kepada CW


Setelah saya disahkan lulus ujian CW oleh pihak SKMM pada 4 Nov 2009 lalu, saya telah memegang tekad untuk menjadi pembakar semangat dapat rakan2 Ham lokalan Alor Setar dan khasnya rakan2 Ham Kedah dan Utara serta rakan2 Ham Kuala Terengganu(Rakan Lokalan XYL). Juga terutama rakan2 ham di Malaysia yang mengenali saya untuk turut sama mencuba untuk mempelajari CW. Pada amnya seluruh warga ham di Malaysia yang bercallsign 9w2, saya dorong dan galakan untuk mempelajari CW. Sebenarnya CW adalah tidak susah cuma apa yang perlu adalah kesabaran , tak MUDAH PUTUS ASA dan Ketekunan. Pertamanya perlulah ada masa atau disediakan ruang masa untuk belatih ( latih tubi) pada setiap hari, dengan apa cara sekali pun. Ini untuk jangka masa minima antara 6 minggu hingga 12 minggu ( 1 bulan 1/2 hingga 3 bulan ). Bergantung pada masa latihan diambil setiap hari. 
  Mana2 rakan yang berminat dengan CW, Saya menawarkan diri untuk memberikan tunjuk ajar cara mempelajari CW dengan pengetahuan dan cara saya mempelajari CW, walaupun saya ni pun tak pandai mana dan masih baru dengan CW ini. Saya juga tahu, ramai lagi rakan yang juga berilmu untuk memberi tunjuk ajar tentang cw. 

Tuesday, February 02, 2010

Gunung Keriang




Gambar Gunung Keriang di lihat pada jarak lebih kurang 6 km dari banggunan saltmine penulis. Di sinilah letaknya pengulang local Alor Setar 9M4 RGK ( Repeater Gunung Keriang ). Frequensi : 145.525 MHz, Minus 600 dan tone 103.5. Pada dasarnya Gunung Keriang bukanlah sebuah gunung tetapi hanya sebuah bukit yang tingginya kurang lebih 3000 kaki dari paras laut. Namanya sahaja Gunung Keriang yang letaknya lebih kurang 8km dari bandaraya Alor Setar. Di sebabkan kawasan sekitar adalah dataran lembah Kedah, tempat dimana tanaman padi terbesar di Malaysia atau Jelapang Padi. Gunung Keriang kelihatan tinggi dan masih dapat di lihat walaupun pada jarak yang jauh.  Di sekitar kaki Gunung Keriang di bina taman rekreasi juga terdapat Muzium Padi, Pusat Sains Cawangan Utara serta Kolam Renang ( SUKMA ). Gunung Keriang sebenarnya popular dengan batu-batu kristalnya yang cantik dan mendapat pasaran yang tinggi. Tidak ketinggalan juga sumber baja tahi kelawar juga diperolehi dari sini.

Monday, February 01, 2010

My Jelopy



My Jelopy, Kecik je....
















tapi Callsign BESAR

Eyeball Bulanan Ham Alor Setar, Jan 2010




Pada 28 Jan 2010, Bertempat di Rumah Banglo 9w2 ZTR, di Kota Sarang Semut, Eyeball bulanan Rakan-rakan ham Alor Setar telah berlangsung terima kasih tuan rumah Ustaz Zaib, atas kesudian menjadi tuan rumah eyebal pada bulan ini. Tq dapat makan Mee Rebus Terengganu Power, Satay, Limau ,Keropok dan byk lagi. Terima kasih juga banyak2 pada rakan yg hadir lebih 30 stesen, iaitu (9w2)  aze,zun,zum, zms,osz,adk,crm, fmr,hht, lkt,mrg, awd, klk,klx oooo byk tak leh tulis dah, maaf rakan namanya tak tertulis & yang ambik gambar 9w2jpk. Tq banyak2 harap eyebal lepas rakan-rakan dapat bawa makanan. Untuk perbanyak jenis hidangan lagi baru best.

lagi rakan yg hadir 9w2oca,  cdp,olc,fbt,bmr,zps, bds,mud,mnn, yav, tzu, swal md saad,..ada lagi ke tak ingat dah...
9M2DAN juga hadir laaa...






Ni Foto rakan-rakan Team tarik tali Ham....
9w2 klk,bds,bmr,fbt,olc,lkt,osz,fmr

Simpanan (tiada dlm gambar)  9w2 aoa.... 







Tuan rumah eyeball dis 09 lalu
Mat 9w2 OLC 
dan
Tuan rumah kali ini
Ustaz Zaib 9w2 ZTR
duduk sama...

Poco-poco


Wednesday, January 27, 2010

Tahniah Kepada 9w2 AZE dapat Pingat lagi



Pada hari ahad 24 Jan 2010 yang lalu Pak Aziz atau Tuan Hj Abd Aziz bin Emby (9w2aze) iaitu Yang DiPertua Kelab Radio Amatur Daerah Kota Setar menerima satu lagi pingat Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah. Ini merupakan pingat keempat diterima yang mana ke-3 dari Sultan Kedah. Beliau juga pernah menerima satu dari DYMM Yang DiPertuan Agong iaitu pingat PPN.  Yang terbaru penulis dah lupa nama pingat apa.

Tuesday, January 26, 2010

Ujian CW dan RAE 2010-1


Pada 21 Jan 2010 pihak SKMM telah mengeluarkan pengumuman bagi peperiksaan/Ujian CW dan RAE 1 / 2010( 2010-1 ). Ujian CW adalah pada 17 Mac 10 di Cyberjaya. Manakala Ujian RAE pada 14 April 10 di dua Zon sahaja iaitu Utara dan Tengah. Tarikh Tutup pemohonan ujian CW adalah pada 4 Feb 2010 dan RAE pada 12 Feb 2010. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails