Pada hari ahad 24 Jan 2010 yang lalu Pak Aziz atau Tuan Hj Abd Aziz bin Emby (9w2aze) iaitu Yang DiPertua Kelab Radio Amatur Daerah Kota Setar menerima satu lagi pingat Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah. Ini merupakan pingat keempat diterima yang mana ke-3 dari Sultan Kedah. Beliau juga pernah menerima satu dari DYMM Yang DiPertuan Agong iaitu pingat PPN. Yang terbaru penulis dah lupa nama pingat apa.
Wednesday, January 27, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Ujian CW dan RAE 2010-1
Pada 21 Jan 2010 pihak SKMM telah mengeluarkan pengumuman bagi peperiksaan/Ujian CW dan RAE 1 / 2010( 2010-1 ). Ujian CW adalah pada 17 Mac 10 di Cyberjaya. Manakala Ujian RAE pada 14 April 10 di dua Zon sahaja iaitu Utara dan Tengah. Tarikh Tutup pemohonan ujian CW adalah pada 4 Feb 2010 dan RAE pada 12 Feb 2010.
Monday, January 18, 2010
Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah Ke-82/2010
Pada 17 Jan 2010, Rakan-rakan Ham Alor Setar, telah bertugas mengawal barisan murid sekolah sepanjang 8 km, dari Istana anak bukit ke Balai Besar di Alor Setar. Mengawal seramai hampir 6000 pelajar sekolah- sekolah sekitar . Hampir 30 rakan-rakan terlibat dalam aktiviti ini.
Bil | Nama | Callsign | |
1 | ABD AZIZ BIN EMBY | 9W2 AZE | |
2 | ROSLAN BIN MANSOR | 9W2CRM | |
3 | MOHD RASHDAN BIN HASHIM | 9M2 DAN | |
4 | WAN SHAHAR BIN YUSOF | 9W2 WSR | |
5 | NAZERI BIN HASSAN | 9W2 ERI | |
6 | OSMINA OSMA BIN OSMAN | 9W2 OSZ | |
7 | MOHD ALAWI BIN ABD KUDUS | 9W2 ALW | |
8 | FAIRUL WAZIB BIN ABD WAHAB | 9W2 AOA | |
9 | LUTFI BIHAR BIN ABD LATIF | 9W2 RPM | |
10 | MOHD ZAHIR BIN MUSTAFFA | 9W2 ZPS | |
11 | SAMSUDIN BIN SARUAI | 9W2 SSF | |
12 | AMER NIZAR B. BASHAH | 9W2 ANB | |
13 | ZAIDI BIN IBRAHIM | 9W2 PLK | |
14 | MD ZAIB BIN TAIB | 9W2 ZTR | |
15 | JAMALUDIN B MAT AKHIR | 9W2 BDS | |
16 | BISMI RASHIDI BIN RASAD | 9W2 BMR | |
17 | MD FADZIL BIN AWANG | 9W2 FZL | |
18 | MAHMUD BIN WAHAB | 9W2 MUD | |
19 | MOHAMAD ERWAN B. ZUBIN | 9W2 ERW | |
20 | CHE DAN BIN PUTIH | 9W2 CDP | |
21 | ABDUL RAHMAN BIN MANSOR | 9W2 JPK | |
22 | JOHAN | 9W2 JOS | |
23 | SAAD BIN MUHAMAD | SWAL | |
24 | MUHAMAD BIN ABD RAHMAN | 9W2 MNN | |
25 | AHMAD SOFBERI BIN SHARIF | 9W2 OLC |
Wednesday, January 13, 2010
Perbarisan Hari Keputeraan DYMM Sultan KEDAH
Hari keputeraan DYMM Sultan Kedah pada 17 Jan 2010 ( Ahad) iaitu minggu depan. Pejabat pelajaran Daerah Kota Setar(PPDKS) yang diberi tugas untuk perbarisan pelajar-pelajar dan murid-murid sekolah seramai hampir 7000 orang, sepanjang jalan dari Istana Anak Bukit ke Balai Besar. Semua sekolah berhampiran laluan diminta menyediakan pelajar/murid untuk berbaris.
Untuk itu pihak PPD Kota Setar, telah meminta rakan-rakan radio amatur dari kalangan guru-guru/staf daerah Kota Setar membantu mengawal barisan yang panjang yang melibatkan hampir 7000 pelajar dan guru-guru. Di sebabkan cuma ada lebih kurang 10 orang sahaja yang ada untuk mengawal barisan murid yang jaraknya adalah lebih kurang 8 km. Pihak kami bercadang menjemput kalangan warga ham bukan kakitangan pendidikan juga guru-guru dari luar daerah Kota Setar, asalkan ia adalah di bawah jajahan takluk Negeri Kedah Darulaman.
Sunday, January 10, 2010
Monday, January 04, 2010
9W2ZUN
Subscribe to:
Posts (Atom)