Wednesday, January 13, 2010

Perbarisan Hari Keputeraan DYMM Sultan KEDAH



Hari keputeraan DYMM Sultan Kedah pada 17 Jan 2010 ( Ahad) iaitu minggu depan. Pejabat pelajaran Daerah Kota Setar(PPDKS) yang diberi tugas untuk perbarisan pelajar-pelajar dan murid-murid sekolah seramai hampir 7000 orang, sepanjang jalan dari Istana Anak Bukit ke Balai Besar. Semua sekolah berhampiran laluan diminta menyediakan pelajar/murid untuk berbaris.
Untuk itu pihak PPD Kota Setar, telah meminta rakan-rakan radio amatur dari kalangan guru-guru/staf daerah Kota Setar membantu mengawal barisan yang panjang yang melibatkan hampir 7000 pelajar dan guru-guru. Di sebabkan cuma ada lebih kurang 10 orang sahaja yang ada untuk mengawal barisan murid yang jaraknya adalah lebih kurang 8 km. Pihak kami bercadang menjemput kalangan warga ham bukan kakitangan pendidikan juga guru-guru dari luar daerah Kota Setar, asalkan ia adalah di bawah jajahan takluk Negeri Kedah Darulaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails