Monday, March 01, 2010

Koleksi Majalah Radio Amatur




Pak Aziz atau Cikgu Aziz atau Tuan Hj Abdul Aziz b. Emby- (9w2aze), antara orang yang penting bagi rakan-rakan radio amatur di sebelah Alor Setar atau pun Kedah Utara amnya. Beliau adalah guru bagi kelas rae, beliau juga menguruskan hal-hal pendaftaran kelas dan peperiksaan rae dan urusan mendaftar callsign juga diuruskannya dan banyak lagi.
Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap radio amatur ini, sehinggakan beliau mempunyai koleksi majalah Practical Wireless Majalah radio amatur berbahasa Inggeris yang Diimport dari UK. Majalah tersebut dilanggan setiap bulan dengan harga PUK3.50 (Paun Uk). Lebih kurang RM 26.00 senaskah termasuk kos penghantaran.  
Banyak maklumat terkini radio amatur dunia boleh diperolehi disitu. Seperti set-set radio, antena dan macam-macam lagi mengenai radio amatur.
Nak tau lebih lanjut berkunjunglah ke rumah 9W2AZE di Jalan Datuk Kumbar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails