Menjelang Jan hingga April setiap tahun di Alor Setar dan sekitarnya akan mengalami musim bunga sakura (bukan sakura sebenar di Jepun). Disebabkan bunga bermusim ini muncul dengan banyak di sepanjang jalan dan berwarna ungu/putih seperti bunga sakura di Jepun yang muncul semasa musim bunga iaitu selepas sejuk. Pohon bagi bunga ini adalah jenis pokok saka yang kelihatan seperti pokok-pokok lain sahaja pada hari-hari biasa. Namun tiba sahaja bulan Jan hingga April iaitu musim kurang hujan, pohon-pohon ini akan berbunga. Terutamanya di sekitar Jalan Langgar dan di beberapa tempat seperti di Pokok Sena dan Jalan Kuala Kedah.
No comments:
Post a Comment