MEE UDANG, Kuala Sepetang WOOOOO...
Saturday, April 03, 2010
Friday, April 02, 2010
Sekitar AGM ASTRA 2010
Wednesday, March 10, 2010
Eyeball silaturahim kembalinya 9w2BDY



Rakan2 ham Alor Setar telah mengadakan eyeball Silatulrahim kepada 9w2 BDY di Hijrah Cafe, Titi Gajah, Alor Setar dekat Air Port, Alor Setar... Seramai lebih kurang 21 orang lebih rakan-rakan ham yang hadir.....Selamat Kembali ke tanah air Saudara YUSDY@Boboy 9w2 BDY. Yang bertugas selama 6 bulan dengan kalau tak silap dengan MALCON -UNIFIL, Pasukan pengaman United Nations (PBB) di Lubnan (Lebanon). Selama 6 lebih beliau di sana kini kembali. Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir ... TQ.
Boboy bawa balik juga Shisha -(Sheesha) ramai rakan2 mencuba..
Monday, March 01, 2010
Musim Bunga Sakura Dah Tiba



Menjelang Jan hingga April setiap tahun di Alor Setar dan sekitarnya akan mengalami musim bunga sakura (bukan sakura sebenar di Jepun). Disebabkan bunga bermusim ini muncul dengan banyak di sepanjang jalan dan berwarna ungu/putih seperti bunga sakura di Jepun yang muncul semasa musim bunga iaitu selepas sejuk. Pohon bagi bunga ini adalah jenis pokok saka yang kelihatan seperti pokok-pokok lain sahaja pada hari-hari biasa. Namun tiba sahaja bulan Jan hingga April iaitu musim kurang hujan, pohon-pohon ini akan berbunga. Terutamanya di sekitar Jalan Langgar dan di beberapa tempat seperti di Pokok Sena dan Jalan Kuala Kedah.
Koleksi Majalah Radio Amatur



Pak Aziz atau Cikgu Aziz atau Tuan Hj Abdul Aziz b. Emby- (9w2aze), antara orang yang penting bagi rakan-rakan radio amatur di sebelah Alor Setar atau pun Kedah Utara amnya. Beliau adalah guru bagi kelas rae, beliau juga menguruskan hal-hal pendaftaran kelas dan peperiksaan rae dan urusan mendaftar callsign juga diuruskannya dan banyak lagi.
Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap radio amatur ini, sehinggakan beliau mempunyai koleksi majalah Practical Wireless Majalah radio amatur berbahasa Inggeris yang Diimport dari UK. Majalah tersebut dilanggan setiap bulan dengan harga PUK3.50 (Paun Uk). Lebih kurang RM 26.00 senaskah termasuk kos penghantaran.
Banyak maklumat terkini radio amatur dunia boleh diperolehi disitu. Seperti set-set radio, antena dan macam-macam lagi mengenai radio amatur.
Nak tau lebih lanjut berkunjunglah ke rumah 9W2AZE di Jalan Datuk Kumbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)