Wednesday, March 10, 2010

Eyeball silaturahim kembalinya 9w2BDY




Rakan2 ham Alor Setar telah mengadakan eyeball Silatulrahim kepada 9w2 BDY di Hijrah Cafe, Titi Gajah, Alor Setar dekat Air Port, Alor Setar... Seramai lebih kurang 21 orang lebih rakan-rakan ham yang hadir.....

Selamat Kembali ke tanah air Saudara YUSDY@Boboy  9w2 BDY. Yang bertugas selama 6 bulan dengan kalau tak silap dengan MALCON -UNIFIL, Pasukan pengaman United Nations (PBB) di Lubnan (Lebanon). Selama 6 lebih beliau di sana kini kembali. Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir ... TQ.

Boboy bawa balik juga Shisha -(Sheesha) ramai rakan2 mencuba..

Monday, March 01, 2010

Musim Bunga Sakura Dah Tiba




Menjelang Jan hingga April setiap tahun di Alor Setar dan sekitarnya akan mengalami musim bunga sakura (bukan sakura sebenar di Jepun). Disebabkan bunga bermusim ini muncul dengan banyak di sepanjang jalan dan berwarna ungu/putih seperti bunga sakura di Jepun yang muncul semasa musim bunga iaitu selepas sejuk. Pohon bagi bunga ini adalah jenis pokok saka yang kelihatan seperti pokok-pokok lain sahaja pada hari-hari biasa. Namun tiba sahaja bulan Jan hingga April iaitu musim kurang hujan, pohon-pohon ini akan berbunga. Terutamanya di sekitar Jalan Langgar dan di beberapa tempat seperti di Pokok Sena dan Jalan Kuala Kedah.

Koleksi Majalah Radio Amatur




Pak Aziz atau Cikgu Aziz atau Tuan Hj Abdul Aziz b. Emby- (9w2aze), antara orang yang penting bagi rakan-rakan radio amatur di sebelah Alor Setar atau pun Kedah Utara amnya. Beliau adalah guru bagi kelas rae, beliau juga menguruskan hal-hal pendaftaran kelas dan peperiksaan rae dan urusan mendaftar callsign juga diuruskannya dan banyak lagi.
Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap radio amatur ini, sehinggakan beliau mempunyai koleksi majalah Practical Wireless Majalah radio amatur berbahasa Inggeris yang Diimport dari UK. Majalah tersebut dilanggan setiap bulan dengan harga PUK3.50 (Paun Uk). Lebih kurang RM 26.00 senaskah termasuk kos penghantaran.  
Banyak maklumat terkini radio amatur dunia boleh diperolehi disitu. Seperti set-set radio, antena dan macam-macam lagi mengenai radio amatur.
Nak tau lebih lanjut berkunjunglah ke rumah 9W2AZE di Jalan Datuk Kumbar.

Pameran Radio Amatur- City Plaza




Pada 27 Feb 2010, Kelab Radio Amatur Daerah Kota Setar telah di jemput oleh pihak CELCOM Alor Setar, untuk mengadakan pameran bersama mereka di ruang Legar City Plaza, Alor Setar. Penulis lambat juga tahu tentang program tersebut kerana tak diwar2 kan terlebih awal. Bila sahaja penulis tiba ada beberapa rakan ham di situ iaitu 9w2 BMR, 9w2aze, 9w2kmf, 9w2osz, 9w2czp 9w2zul.  Abang Zulkifli 9w2 ZUL yang juga peniaga celcom yang menjemput pameran ham radio. Di samping Celcom mempromosi khidmat mereka ham radio juga dapat memperkenalkan diri kepada masyarakat. 

Pengalaman Naik Ambulan



Pada 28 Feb 2010, Pengalaman pertama penulis naik ambulan, milik JPAM ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Walaupun sekejap sahaja, iaitu menghantar ibu penulis ke hospital sekejap untuk tukar tiup makan melalui hidung hidung, pergi dan balik.

Wednesday, February 10, 2010

Minat Kepada CW


Setelah saya disahkan lulus ujian CW oleh pihak SKMM pada 4 Nov 2009 lalu, saya telah memegang tekad untuk menjadi pembakar semangat dapat rakan2 Ham lokalan Alor Setar dan khasnya rakan2 Ham Kedah dan Utara serta rakan2 Ham Kuala Terengganu(Rakan Lokalan XYL). Juga terutama rakan2 ham di Malaysia yang mengenali saya untuk turut sama mencuba untuk mempelajari CW. Pada amnya seluruh warga ham di Malaysia yang bercallsign 9w2, saya dorong dan galakan untuk mempelajari CW. Sebenarnya CW adalah tidak susah cuma apa yang perlu adalah kesabaran , tak MUDAH PUTUS ASA dan Ketekunan. Pertamanya perlulah ada masa atau disediakan ruang masa untuk belatih ( latih tubi) pada setiap hari, dengan apa cara sekali pun. Ini untuk jangka masa minima antara 6 minggu hingga 12 minggu ( 1 bulan 1/2 hingga 3 bulan ). Bergantung pada masa latihan diambil setiap hari. 
  Mana2 rakan yang berminat dengan CW, Saya menawarkan diri untuk memberikan tunjuk ajar cara mempelajari CW dengan pengetahuan dan cara saya mempelajari CW, walaupun saya ni pun tak pandai mana dan masih baru dengan CW ini. Saya juga tahu, ramai lagi rakan yang juga berilmu untuk memberi tunjuk ajar tentang cw. 

Tuesday, February 02, 2010

Gunung Keriang




Gambar Gunung Keriang di lihat pada jarak lebih kurang 6 km dari banggunan saltmine penulis. Di sinilah letaknya pengulang local Alor Setar 9M4 RGK ( Repeater Gunung Keriang ). Frequensi : 145.525 MHz, Minus 600 dan tone 103.5. Pada dasarnya Gunung Keriang bukanlah sebuah gunung tetapi hanya sebuah bukit yang tingginya kurang lebih 3000 kaki dari paras laut. Namanya sahaja Gunung Keriang yang letaknya lebih kurang 8km dari bandaraya Alor Setar. Di sebabkan kawasan sekitar adalah dataran lembah Kedah, tempat dimana tanaman padi terbesar di Malaysia atau Jelapang Padi. Gunung Keriang kelihatan tinggi dan masih dapat di lihat walaupun pada jarak yang jauh.  Di sekitar kaki Gunung Keriang di bina taman rekreasi juga terdapat Muzium Padi, Pusat Sains Cawangan Utara serta Kolam Renang ( SUKMA ). Gunung Keriang sebenarnya popular dengan batu-batu kristalnya yang cantik dan mendapat pasaran yang tinggi. Tidak ketinggalan juga sumber baja tahi kelawar juga diperolehi dari sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails